Thursday, January 14, 2010

Dalam Ingatan

Hari Juma`at lepas, selepas kelas di PAKSI*, aku berlari-lari anak mengejar dia. Sebabnya? Hendak ambil buku catatan percuma yang diedarkan oleh PAKSI. Tujuan pemberian buku ini ialah untuk menarik minat sesiapa yang belum mengikuti kelas agama percuma setiap hari Juma`at untuk turut serta berilmu dan beramal.

Setelah memberi dan menjawab salam, bukupun bertukar tangan. Aku dan makngah bergegas ke restoran sebelah Menara Zakat untuk menjamu selera. Selalunya, kalau berdua, memang inilah rutin kami. Ikan keli goreng , ikan keli bakar, cecah air asam memang scavorite (aka favorite). Di selang seli dengan ulam-ulaman dan juga gado-gado, hmmm....memang sedap!

Di situ, aku sekali lagi terserempak dengan dia. Aku tegur lagi,`La, makan kat sini jugak ka?' Tersengih-sengih sambil mengangguk. Berseorangan dia hari ini aku fikir, selalunya isterinya ikut serta.

Pagi Ahad, aku menerjah kelas Ustaz Zainal Asri. Tauhid bukanlah kelas yang aku suka miss, sebab Tauhid perlu dipelajari dari GURU secara berdepan, dan Ustaz Zainal Asri adalah ustaz scavorite.

Pada penghujung kelas, kami diberitahu, bahawa dia telah dimasukkan ke WAD HD di Hospital Sultanah Bahiyah kerana stroke, pada masa itu tengah koma dan disyaki terdapat blood clot di otak.

Aku berkira-kira, bila nak melawat. Tapi pesanan coklat ku belum terisi, menyebabkan sehingga pagi semalam aku masih belum menziarah.

Akhirnya pada pukul 10 pagi semalam, aku mendapat berita bahawa Ust Rahman Putra telah menghembuskan nafas yang terakhir malam sebelumnya.

Rasa terkilan , rasa sedih, rasa marah pada diri tidak mendengar suara hati yang berbisik menyuruh menziarah orang yang sakit.

Dalam sekelip mata, tiada lagi antara orang yang bertungkus lumus di dalam kegiatan PAKSI. Paling ku ingati ialah kerana dia lah yang selalu menyelenggara urusan pembesar suara ketika kelas dijalankan.

Al Fatihah kepada aruah, juga seluruh muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang diredhoi oleh ALLAH.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh.



*PAKSI ~ Pergerakan Kebajikan dan Sosial Islam, sebuah NGO Islam yang sedang bertungkus lumus mengumpul dana untuk mendirikan Darul Hadis di Tok Keling ASTAR)


How fragile life is...when it passes, it seems like it was a dream.

6 comments:

Unknown said...

..Al Fatihah...for death has always been our constant companion..

anneaziz said...

Salam Pakmat,

I just got to know of the extent of his contribution to the Islamic movement i.e monthly collection of funds to Maahad Islamiyah Dehrang, to finance the needs of the students. Aruah baru pencen on 13December and his thoughts were, that he could devote more time, energy and resources to the movement, but Allah lebih mengasihi dia.

visimindaku said...

...the same day i lost another friend who has been called 'home' to Allah. nothing can stop it even a split of second. its the promise and Allah shall never miss His promises.

Al fatehah...

anneaziz said...

Salam Zaidin,

First time at my blog? Welcome!

God has promised that when the time comes, death shall not be delayed or hastened by even one second.

They live on in our thoughts even though physically they have moved to another life, which we shall join when our time comes.

Watch this, it made me laugh and cry at the same time.http://www.youtube.com/watch?v=Nw0s4C0g5SM

Ewdekoracc jesocaru3875 said...

Thanks for the update. I really appreciate the efforts you have made for this blog.
All the best !!!


klinik aborsi raden saleh
klinik aborsi jakarta

suhang said...

Thanks for the great content. It is nice to go through the process at a high level.

drug detox
alcohol detox