Thursday, October 1, 2009

Reflections

1 Syawal...hari kemenangan untuk semua umat Islam yang telah berjaya menghambakan diri mematuhi syari`at Islam agama yang syumul.

Berpuasa sepanjang Ramadhan bukanlah sekadar menahan diri dari makan, minum, bersetubuh di siang hari dan perbuatan-perbuatan lain yang membatalkannya.

Namun untuk kebanyakan dari kita, itulah saja yang kita buat.

Sepanjang Ramadhan, hatiku menangis hiba menyaksikan pelbagai pembaziran yang dilakukan atas nama PUASA! Di rata-rata surau, mesjid lebih-lebih lagi di kawasan yang agak mewah persekitarannya, persiapan iftar lebih daripada keperluan. Iftar, solat, kemudian moreh. Hasilnya, banyak makanan terbuang sebab perut masing-masing sendat berisi.

(Dan aku berfikir, tentu ada insan yang berbuka puasa ala kadar dan akan menangis kesyukuran jika dapat menjamah makanan yang terbuang begini)

Bukan seorang dua yang berbisik pada ku di Syawal ini, ` berat badan ku bertambah di bulan puasa' dan `waktu tak puasa, makan nasi sekali sehari, bulan puasa makan nasi 2 kali sehari' juga 'keadaan kesihatan ku lebih baik di bulan puasa'.

Omongan ini membuat aku ketawa di depan yang berucap, tapi membuat aku berfikir sendiri bila berseorangan. Yang pastinya, ia berlaku kepada ramai dari kita, walaupun kita mungkin tidak mengaku, termasuk aku sendiri.

Soalnya...apakah puasa kita tadi memenuhi apa yang disyari`atkan?

Datang 1 Syawal dan hari-hari berikutnya..open house demi open house, makan , makan dan makan lagi. Walaupun tidak dipaksa menyambut jemputan ke majlis begini, semakin perit dan berat untuk kita melakukan Puasa 6 hari di bulan Syawal yang akan memberi kita-kita pahala seperti berpuasa setahun penuh!

Pada yang terasa, aku ingin sarankan. Tahun depan jika kita masih bernyawa, buat lah open house di hari pertama Syawal sahaja.

Aku bersyarah pada diriku jua!

Esok hari pertama aku berpuasa insyaAllah, setelah 12 hari Syawal menjelma. Semoga Allah menerima puasa Ramadhan ku dan memberi kelonggaran dan keampunan atas segala kelemahan diriku. Dan semoga Allah melapangkan hati ku dari hiba melihat segala kepincangan yang aku tidak berkuasa menyekatnya.

17 comments:

Queenie said...

owh..tulisanmu begitu menyentuh hatiku dan terharu sob! sob!..benar jua segala yg dikata..Ramadhan sering tercemar tiapkali tiba...

suatu ketika waktu berterawikh di sebuah mesjid yg gah nama dan kedudukannya, I tersiat jiwa melihat makanan free di tabur2 demikian rupa, air tumpah dibiarkan merata, baki makanan tidak dibersihkan sempurna.. n terdgr bisik2 kata..' biarin aja, di sini kita bagai majikan segala!" rasa bagai nk bg tau bhg pengurusan lainkali takyah bg makanan berbuka n moreh free sbb ramai PATI(?) yg amik kesempatan di situ, membuat cela di rumah Allah, ah sukarnya memelihara persoalan hati...

ada byk kisah lagi...

anneaziz said...

QJ,

Untuk berlaku adil, bukan PATI sahaja berkelakuan begini...tapi kebanyakan kita.

I pernah menghadiri suatu majlis iftar di mesjid ternama, nasi beriani berlebihan (sangat2 berlebihan, tak bersentuh pun), jadi I tanya pada katerer, buat apa dgn nasi tu semua? Dia kata, kalau kak nak, ambik lah banyak mana pun, kalau tak kami buang...tuan punya majlis dah bayar! Senangnya! I kata hantar saja ke rumah anak yatim...dia kata, anak yatim di situ tiap hari iftar di hotel, depa pun tak mau! Lalu I terpikir alangkah bagus dan lebih berkat sekiranya, sedekah begini di buat di luar Ramadhan juga...supaya lebih terurus dan terancang.

Tapi orang kita memang menunggu seolah-olah hanya Ramadhan waktu beribadat!

CS said...

Salam ladies ..
I rasa AJK surau/masjid patut lebih perihatin dan peka. Tentunya mereka juga nampak akan pembaziran yg berlaku. Patut juga buat post mortem dan seterusnya melantik ahli untuk coordinate keluar/masuk rezki supaya tidak berlaku pembaziran dimasa akan dtg. Kena proaktif, kan kawan2?
(wahh..sungguh sopan I berkata2 ya?).

Queenie said...

Ye..ye..cetuju! I pon nak bercopan cantuun...

Tu la masa Puasa aritu my abang selalu bersungut seolah2 hanya Ramadhan jer bulan utk bersedekah, n yg paling dia tak setuju psal seolah2 memisahkan seorg ayah dari menghabiskan waktu berbuka bersama2 anak isteri pasal nak dikira tiap hari kena iftar kat luar n majlis tu tak begitu selesa utk anak2 kecil...
Tapikan tapiii...dah dia yg duk ataih pon takleh nak bersora, siapa pula kita?

Lepas nih saper yg sanggup hi lite kan soklan2 nih?, demi kebaikan manusia sejagat?

Jom bercopan cantun, kita mulakan dgn cs nak? amacam? Sambut cs, jgn tak sambut! buktikan kita bukan setakat seorg blogger 'biaser jer' tapikan tapiii...berguna utk bangsa n negara n ugama!! Idop my friends!!

CS said...

Berdirinya saya disini ..

*malu blushed*.. (heheh, takde bakat jadi YB)

QJ, thanks for your trust in me. Tapikan tapiii .. masjid2 kat tempat I nampaknya sophan dan santhun dgn hal pembaziran. AJK2nya oredi menjalankan tugas penuh dedikasi, alhamdulillah.

Queenie said...

Ala...ok la tu, TB n YB, secocok bah!
Surau kat umah I pon ok gak, kalu kitorang bawak juadah sket, jadi ngam2 jer...yg poblemnya Masjid yg besar2 tu...yg banyak org2 kaya n ternama tuuu...bukan ngumpat taw! hakikat!

anneaziz said...

Cik Som and QJ,

OK lah...buat lah mcm rumah sendiri ye...

Esok datang lagi, insyaAllah and entry...ntah naper la..penat raya tak abih2...Petang tadi buat balik kuih raya...semua dah abih.. all berdua tahu Halwa Maskat tak? mmmm syedap....

CS said...

Yalah Anne, rumah you, rumah I, rumah QJ rumah kita and vice versa ..

You buat halwa maskat? Apa plak I tak tau. Masa kecik dulu, I berempat beradik 'didera membasuhh tepung' b4 aktivity memasak halwa bermula. In fact I ada tulis dlm my blog under 'raya' if I'm not mistaken.

Siapa yg mengacau halwa tu Anne?

Queenie said...

Apa nak malu? nikan umah I gak, tak gitu cs? wah wah wah....(jap eh, tak nampak la water face si anne tu. cs, cuba u intai2, dia dok marah ker? cam perli kita jer...hoho)...

Heyy, halwa maskat? I ni dolu org s'pore, pastu dah jadi org Johor, org selatan2 tu kalu tak kenal halwa maskat baik cari negeri lain lar.. my feveret oo...cuma kalu yg manis sgt tu agak pedih la tekak ni nak telan, tp kalu tak cukup manis dia mudah berkulat, tak ker gitu anne? naper plak ceta pasal halwa maskat ni? u reti buat eh? nak sket....

psst..bersih ker tgn cs tu dulu masa dia di dera buang getah gandum tu dulu ek?

Cat-from-Sydney said...

Aunty Anne,
Haven't been here for quite a while. How are you? Still "fening"? Don't eat too much halwa maskat, ok? Diabetes woo....

anneaziz said...

QJ and Cik Som,

Halwa maskat memang patut di buat manis, kalau tak tak nama Halwa...tapi makan sikit-sikit lah...lepas lunch lepas dinner ganti after mints gitu!

Ye la cat,

We don't want diabetes to add to HPT do we? Tak pe...halwa maskat ni dapat makan pun k a d a n g- k a d a n g..(read it in rythm with P Ramlee in Nujum Pak Belalang!)

Lee said...

Hello AnneAziz, just drop by say hello.
You have a pleasant week and keep a song in your heart, Lee.

CS said...

Salam taukey coklat .. you pekabar? I nak claim my coklat yg I 'menang' semasa meneka dgn tepatnya re: saffron.

Heeeheee... kita suker buat org tensyen taw..

anneaziz said...

Hi Lee,

Thanks for dropping bye...i'm in my lazy mode...aka incurable procrastinator...been meaning to update my blog..but just can't shake the mood off...

anneaziz said...

Cik Som,

A promise is a promise...howzabout a real box of chocolate? MMMM...lepas tu u boleh jadi agen terus...amacam?...tell me whr to send it to...

CS said...

*chuckle2* .. *giggle2*

anneaziz said...

Cik Som,

Ala..malu ala-ala kucing berlakun tutup mata depan ikan, buat-buat buta..

Naper? tak cayer?