Saturday, September 12, 2009

Jumaat 21 Ramadhan 1430 Hijriah

Hati tetiba rasa hiba dengan kedatangan hari pertama dari sepuluh terakhir Ramadhan tahun ini. Bukan hiba kerana bahang puasa makin menekan, tapi hiba kerana dalam sedikit masa sahaja lagi, bulan yang dijanjikan Allah penuh rahmat, maghfirah dan keampunan akan berlalu meninggalkan kita semua.

Siapa yang dapat menjamin bahawa datang Ramadhan yang tahun depan, dia masih ada, bukan cuma tinggal nama; dikenang orang yang terdekat cuma, tiada riuh rendah bertarawikh bersama, tiada kegirangan bersiap kuih muih dan baju raya, tiada menghulur tangan meminta ampun maaf.

Perasaan hiba ini bertandang sejak setahun lepas. Ketika hari-hari terakhir Ramadhan tahun lepas, perasaan begini juga menghantui diriku. Semakin riuh rendah disogokkan dengan iklan Hari Raya, semakin hiba aku. Ya Allah! Aku ingin sentiasa di dalam bulan rahmat MU.

Pada awal Ramadhan ustaz ku berpesan , Nabi Muhammad telah mengaminkan doa Jibril, Celakalah orang yang tidak diampunkan dosa nya setelah Ramadhan berakhir.

Penghambaan diri secara mutlak sepanjang Ramadhan kepada Yang Maha Esa sahaja yang memungkinkan dosa diampunkan, bukan semudah menadah tangan meminta itu ini. Penghambaan secara total, menyeluruh, padu, penuh syahdu dalam menjalani ibadah puasa di siang hari dan menghidupkan malam-malamnya dengan pembersihan jiwa melalui Qiyamullail, membaca Al Quran dan zikrullah, semoga ibadah kita diterima.

Tergolongkah aku dalam golongan yang di rahmati Allah? Sisa-sisa Ramadhan ini, masih bolehkah aku mempertingkatkan kedudukan ku di samping MU? Ya Allah, kerdilnya aku! Aku cumalah seorang musafir yang sesat di perjalanan dan ingin kembali ke Sirattul Mustaqeem, pimpinlah aku ya Allah!

Aku masih berharap dan berdoa aku tidak tergolong di kalangan hamba mu yang alpa, yang hati nya mati walupun jasadnya masih bernyawa.

Pesan Ustaz ku lagi, hati mati kerana:

1) Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak tunai hak kepada Allah

2) Kamu kata kasih kepada Rasulallah saw, tetapi kamu tinggal sunnah nya.

3) Kamu baca Al Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya

4) Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada pemberi nikmat

5) Kamu tahu syaitan itu jahat, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

6) Kamu inginkan syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatnya.


Wahai diri, muhasabah lah hati, agar dapat ku kawal nafsu dengan puasa ini, agar dapat ku bentuk peribadi dengan menahan diri, agar dapat ku menjadi hamba abdi yang sejati.

"Wahai Tuhan kami, jadikanlah hari kami yang terbaik adalah hari kami bertemu MU"



DO`A

Hanya pada MU
Aku meminta
Sesungguhnya Kau pemurah
Ampuni segala dosa ku

Kesejahteraan
Kedamaian
keimanan
ketakwaan
pinta ku dari mu Tuhan

Selawat serta salam buat Nabi junjungan
kepada muslimin dan juga muslimat
Ya Allah ya Tuhanku
aku mendengar seruan
dan hanya kepadaMU aku beriman

keranaMU aku disini
kepada Mu aku kembali
apabila tiba saat nya nanti

sehingga tiba detik itu
aku memohon hanya dari MU
Kau peliharailah diriku

Dengan nama Mu
Allah YANG AGUNG
YANG PENGASIH
YANG PENGAMPUN
kepada MU
aku berlindung





In one of my sober moods...


9 comments:

Zendra-Maria said...

Ameen, ya Rabb al 'Alamin

CS said...

Anne, I appreciate you being sober and being 'the other one', hehe. Thanks n alhamdulillah for sharing kata2 azimat tu (tetap tobat).

anneaziz said...

Zendra,

Just another reminder to self...
Ramadhan dah nak ke penghujung, target masih banyak belum tercapai!

anneaziz said...

CS,

Kekadang sober, kekadang tu cam mabuk sikit (sikit aje...) tapi pasal Ramadhan dah nak pergi... i memang tersentuh... u tak nak bagi kain buruk buat menyapu si air mata ke?

CS said...

Anne, untuk orang yg tersentuh kerana Allah, mana boleh kasi kain buruk untuk mengelap siayaq mata. Nah.. sambutlah selendang delima dariku ini.

Cat-from-Sydney said...

Aunty Anne,
Come cry on my shoulders.
My Mama is wishing that she didn't have to leave "that" place in the Middle-East. Back to normal routine, it would be hard to do as much or even a tenth of what she performed there. Been sick, on and off, since she got back. So it's been a very very challenging journey for her.
You all should meet one day, eh? meow....

anneaziz said...

Dear Cat,

I remember the 2 ocassions I was there during Ramadhan, didn't want to leave the place!

Ramadhan is special and when you are there, it is even more so.

Tak pe cat, tell your mum to take care, drink lots of fluids and rest. And you don't give her a hard time, ok?

Yeah we should meet one day, InsyaAllah.

Queenie said...

salam kembali anne...

setuju ngan apa yg u rasa, kalau dunia boleh diputar semula, rasanya biarlah Ramadhan sentiasa boleh di rewind kan? Namun siapalah kita...

eh betul ker cs tu dah bertobat or still tau buat? har3x

anneaziz said...

Tak tau lah QJ,

Harap2 kita semua bertobat, bukan CS je...

Apa-pun, geng bas sekolah terus mengganaz! Siapa lagi nak ganti si Top yang dah di stop?