There was no entry from me to mark the day.
Bukan sebab hari tu tak bermakna that I did not immortalize the day with an entry, just that a lot of thought was racing through my mind.
52 tahun! Sekiranya negara ini adalah seorang insan, pada umur 52 tahun, seseorang itu telah sepatutnya mencapai tahap kematangan yang memberangsangkan. Sesetengah dari kita pun telah menjangkau usia emas dan berada dalam kategori sama tua atau sama muda dengan Malaysia, it depends on how you look at it. Do you feel that your life on earth has been too long or too short?
Yang penting bukanlah mencapai kemerdekaan secara lahiriah semata. To attain is not as difficult as to maintain, I always believe. The hard work is in actually preserving and improving!
Kemerdekaan yang hakiki adalah yang di dalam hati. Kemerdekaan yang sebenar adalah dalam penghambaan diri kepada Yang Maha Esa. True freedom, true victory lies in submission to GOD Rabbul `Alamin. How can you not be free, when there is only GOD in your life, everything including, solat, ibadah, hidup dan mati lillah hi rabbil `alamin? (iftitah)
Apakah anak-anak muda negara in telah mengisi kemerdekaan negara dan diri dengan sebaiknya? Pencarian di utube menyedihkan. What a terrible loss to the family , what a terrible loss of potential to the nation, what a terrible waste of time and resources, what a terrible waste of life!
Nama-nama aruah yang terkorban dek aksi merempit , apis, emy, wan, pudin...rata-rata anak Melayu yang sia-sia menggadai nyawa...untuk apa? Untuk di kenang aksi mereka dalam cyberspace dengan kata-kata RIP! RIP? Tak pernah ke kamu dengar...it 's not how you die, but what you die for!? Di mana cinta kamu kepada ibubapa, kepada kekasih, kepada negara, kepada agama untuk diabadikan dengan RIP! Dan kalau analogi di teruskan ke amalan ibadah yang lain, adakah boleh disifatkan kurang ajar kalau ditanyakan bahawa boleh kah kamu berharap untuk berehat dalam aman di sana?
Semurah itu kah nyawa? Pada umur begini, the ball is at your feet...tendanglah ke arah mana yang nak kamu tuju, kenapa jalan begini yang kamu cari?
Pada adik-adik, anak-anak sekelian, hargailah nyawa, isi kan lah jiwa kamu dengan segala yang berfaedah. Jalan ke arah sana masih panjang tapi jangan digadaikan dengan sesuatu keseronokan yang bersifat sementara. Ingatlah bahawa setiap kita di beri modal oleh Allah iaitu MASA, dan bila tiba detiknya, tidak akan dipercepatkan ataupun dilambatkan walaupun sesaat.
Al Ankabut (The Spider) Surah 29 Ayat 64 cites:
What is the life of this world but amusement and play? but verily the
Home in the Hereafter,- that is life indeed, if they but knew.
Home in the Hereafter,- that is life indeed, if they but knew.
Tafseer by Abdullah Yusuf Ali
AN ETERNITY IS A LONG TIME TO SPEND IN REGRET!
5 comments:
Bohsia, bohjan, sex bebas, mat rempit, mat drift.. kan ka itu semua lambang semua negara maju?
10 yrs ago, menjelang 31st Ogos, Hafidz would take all the troubles, panjat bumbung etc, kibaq bendera.. La ni, walaupun dia pun tak sehebat mana, dia tak terasa pun nak kibaq bendera..
Rumah I yang berkarat gatenya tetap berkibaran bendera Msia. Tiap tahun ganti yg baru, owhh patriotiknya.
Harapnya budak2 yg terlibat tu cepat sedar n bertobat.
Ja, nama your son sama dgn nama my bro yg ku windui itew.
Ja,
La ni Hafiz dah besaq, sikit hari lagi dah boleh mengundi...Suruh dia kibaq bendera bulan je lah!
Cik Som,
Sungguh Patriotik Skali! Tabek Spring! Rumah I tak der bendera...bendera i bekibar and berkobar di dalam hati jer! Lagi pun I dah puaih kibaq bendera masa I kecik-kecik dulu!
isy..very touchingla..bravo!
ooopss..numpang ngendeng org gebang..
boleh ter?
QJ,
Kita badik2 no hal punye celah mencelah...
betui ka u touched? touched kat mana tu? Kat pinggang...geli!
Ala...kdg2 perasaan mcm I belum give my best to the nation mengganggu jiwa dan bakul I...malu dgn diri yang cepat mengalah...nanti lah...akan ku korbankan jiwa dan bakul ku utk Malaysia, YA! Merdeka! (Bakul laundry!!!)
Post a Comment