Monday, July 20, 2009

A birthday prayer/ a personal odyssey 1

Yesterday was my birthday.

Pukul 9 pagi, bermula misi ku untuk membuat sesuatu yang bermakna untuk hari besar ku. Walaupun rasa malas bergerak meruntun di hati, aku paksa juga kaki ini untuk melangkah ke situ.




Sheikh Zainul `Asri tiba selangkah awal dari aku. Seorang sheikh muda, ulama Hadith yang bibirnya sentiasa basah dengan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setelah mengambil tempat, beliau memanjat doa-doa memulakan pengajian beserta Al Fatihah untuk penulis kitab, bermula lah suatu pencarian.





Ilmu Tasauf yang ingin ku tinjau bukanlah sesuatu yang mudah. Ilmu untuk berjalan menuju Allah, menyusuri jalan orang-orang yang `Ariffin, orang yang kenal diri dan kenal Tuhan mereka, orang-orang yang berjaya keluar dari kegelapan.

Ibrahim Adham, Ibn Umar, Umar Abdul Aziz , Sheikh Abdul Qadir Jailani ulama' muktabar dan auliya' yang ketika nama-nama mereka disebut, kata Ustaz, turun rahmat mencurah, dan berdoa ketika itu besar kemungkinan dimaqbulkan Tuhan, insyaAllah.

Ibrahim Adham yang ketika ditanya seseorang, bagaimankah untuk mengenali seseorang itu auliya' maka di tunjuknya Jabal Qubais sambil berkata, tanda seorang auliya' seumpama bila disuruh bukit itu beredar maka, ia akan menurut kata, dan serentak dengan itu bukit itu pun bergegar sehingga beliau berkata berhenti, membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang auliya' dan betapa maqbulnya cakap seorang auliya'.

Has there been a day in your life when , after washing three full loads of laundry, the day that started promising a sunshiny day suddenly turned cloudy and you mutter under your breath, `Awat ni, tiba-tiba pula jadi gelap langit ni? Bila baju ni nak kering?' Has it ever occurred to you that the day, the sun, the clouds, the earth, your life, you belong to al Qaliq? That you have no say, no right to complain, save to pray to God that in His Benevolence you shall be kept safe, alive, able to offer your submission to His divine will for yet another day? How small we are, how insignificant and how bloody arrogant of us to think that we have the right to complain?

Setiap insan dilahirkan ke dunia dengan beberapa perkara yang memang telah ditetapkan, antaranya umur dan rezeki. Tapi manusia di sibukkan oleh urusan dunia dalam mencari rezeki yang mana semua itu memang telah dijanjikan sehingga terlupa perkara yang tidak ditetapkan, iman dan taqwa.

Aduh, berkali-kali aku diingatkan dalam benak ku tentang solat yang ku tinggalkan semasa aku sibuk, solat yang ditinggalkan kerana aku letih, solat yang ditinggalkan sebab bershopping, tengok wayang...Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim! Aku bermohon belas ihsan dari sifat Rahim mu, sentiasa lah pelihara aku dalam keadaan beringat kepada MU. Jadikanlah aku hamba yang ikhlas berabdi diri kepada mu.

Sebagai manusia kita akan kenal Allah hanya bila Allah mencampakkan rahmat ke dalam hati kita. Di waktu kita mengingati Allah, di waktu itulah Allah juga mengingati kita, jadi kita mesti sentiasa berdoa supaya Allah ingat kepada kita. (Walaupun lupa adalah sifat mustahil bagi Allah)

Di penghujung kuliah Sheikh Zainul `Asri berpesan:

1) Seboleh yang mungkin, ikhtiarkan solat berjama`ah
2) Solat hendaklah di awal waktu
3) Amalkan solat sunat Ba'diah, Qabliyah, Witir , Dhuha
4) Qodho' semua solat yang telah tertinggal
5) Usahakan solat Awwabin antara Maghrib dan `Isya' kerana solat ini menjaga iman
6) Solat Tahajjud setiap malam jangan tinggal 2 raka`at di waktu malas, dan 12 rakaat ketika rajin
7) Solat Tasbih sekurangnya sekurang nya seminggu sekali, sebaiknya setiap hari
8)Selawat ke atas Nabi 1000x sehari semalam
8) Jangan tinggal membaca Quran dalam sehari walaupun sikit.

As I walked away from the kuliyah, I promised myself that if the above is what i have to do, then it is what I will have to do. How else am I going to progress from where I am now, Ahlul Insan to get to ahlul Iman and ahlul Ikhsan?

My birthday has gone by very well...

Thank you GOD, subhanALLAH, walhamduliLLAH, walailahaillALLAH, wALLAHuakbar!


MATI ILMU SEBAB TAK AMAL
MATI AMAL SEBAB TAK IKHLAS

7 comments:

kak ja said...

Hepi besday skali lagi, kekanda..

Thanks for sharing the ilmu with ur readers.. bnyk pahala tu..

Sheikh tu comey gak, no?

Abdullah Mohd Nawi said...

Salam Anne,
indeed a very needed reminder on our relationship with the Creator...

anneaziz said...

Salam adinda ja,

Tq lah...sekali lagi, walaupun kek dalam blog ja tu nampak cantik, TETAP tak dapat di makan!


Salam diterima juga Sir Abdullah,

Thank you for dropping by...good to know my entry may have done some good to somebody else too.The same ustaz also said that Man forget, and that's why we need to be constantly reminded of our roles when we are chosen to walk GOD's earth as Caliphs.

Biscuit apa habaq? What do you feed him..his coat looks good.

anneaziz said...

Oh yes, terlupa cik ja!

Sheikh tu memang cumey skali! Mata reduuuup, tak leh tengok lama2...takut pi ngaji pasai nak tengok muka dia, bukan untuk ilmu dia, BAHAYA!

Lee said...

Hello Anneaziz, many happy returns of the day, Happy birthday...to you.
A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun. Enjoy the trip.

You have a wonderful time, stay young and keep a song in your heart, best regards, Lee.

hamba jahil... said...

tasauf..??? describe a bit Cik Anne...

anneaziz said...

HJ,

Saya sendiri masih mencari...purification of the heart, development of consciousness of Allah through submission to the shari`ah and sunnah, insyaAllah

i'm sure you lagi pandai.