Monday, November 29, 2010

Nasihat kepada a 14 year old who thinks she is in love

Ini sebagai pengajaran...jangan kita ingat apa yang kita buat tak ada kesan. Setiap perbuatan ada `repercussion'.

Kita ingin menduniakan jurnal kita, tapi hati kita tak cukup kuat untuk menerima pandangan/ kritikan orang terhadap apa yang kita tulis, malah pandangan orang terhadap kita sebagai seorang insan yang baru nak bertatih dalam kehidupan.

Fifi Ain bt J...masanya dah tiba untuk Fifi Ain lupakan alam fantasi dan kembali ke realiti. Fifi Ain anak yatim yang perlu berusaha untuk memantapkan diri, berusaha untuk melonjakkan keluarga KEDUA Allahyarham J B ke tahap yang lebih baik (sekurang2nya sebaik keluarga PERTAMA Allahyarham)...bukan sekadar anak yatim yang kekurangan perhatian dan material, tinggal bersama ibu yang mengusahakan sebuah warung. Bukan sekadar anak dara yang akan menambah statistik anak muda kawin bawah umur di negeri Perlis.

Sekian...Ini nasihat terakhir dari Maknjang, biar Fifi Ain rasa cara ini kejam, ini semua untuk menyedarkan Fifi Ain bahawa semua orang ingin melihat Fifi Ain menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat serta insan beradab mulia seperti mana Aruah Abah Fifi Ain mahu.

Cinta boleh tunggu...takut cinta yang kita agung2kan tu menyebabkan kita menjadi monyet cinta.

Sabarlah...dewasa dan tua akan datang tanpa digamit. Sabar dan nikmatilah hidup sebagai anak yang taat, pelajar yang pintar dan berjaya, kemudiannya sebagai dewasa yang dihormati. Nanti, jika ada jodoh dan si Akim masih cintakan Fifi Ain, kawin lah. Siapa pun takkan mengahalang, tapi masanya bukan sekarang. Dan jika dia jujur dan ikhlas dengan Fifi Ain dia akan sedar bahawa budak 14 tahun tak tahu dan paham apa erti cinta.


Ingat, dunia ini kecil dan bertambah kecil dengan setiap kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan.

11 comments:

Fadhil said...

Aduh Mak Anjang, sedih juga membaca nasihat ini. Mudah-mudahan yg dinasihati itu dapat menilai dengan baik dan faham akan kebenaran yg cuba dijelaskan ini...

anneaziz said...

Salam Oldstock,

Nak nasihat guna mulut tak boleh sebab orang yang nak dinasihati 24-7 online, so nak nasihat pun kena guna cara terkini, FB, Blog, Formspring, biar tak leh lari, terpaksa juga baca..

Yang nak dinasihati datang dari keluarga yang ada track record of early marriages, dari mak sehingga turun ke two older sisters.

Tak tahu lah samada berkesan, we can only try and doa...

Unknown said...

..salam anne..where were you when I was 14?....:)

kak ja said...

Nak pinjam rostrum sembang dgn Fifi sat..

Fifi, Mak Ngah mintak Fifi pertimbang apa yg Mak Njang n org lain kata kat Fifi.. Semua org nak yg terbaik utk Fifi.. Fifi masih muda, cinta tolak tepi.. Apa2 jadi kat kita, cinta monyet kita takkan membantu..

Masa dpn Fifi masih pjg, perjlnan masih jauh, jd jgn cuba ambek short-cut.. Nnt Fifi nyesai.. Jgn buat apa2 utk kita kesali kemudian hari, Fifi!! percayalah ckp kami..

anneaziz said...

Wa`alaikummusalam Pak Mat!

OHHH! Don't tell me you were also falling in love at 14?

But all that matters is all's well now...

anneaziz said...

Cik Ja,

I hope she reads this and know that we all care, that we don't hate her.

Anonymous said...

I am 50. I have yet to see any statistics that there are more failed "underage/teen(?)" marraiges in comparison with 20-something(?) marriages aor 30-something marriages(?).

Which begs the question, what is the right age to get married?

I think it is like going to Bomoh. You tend to harp the "success" and kept quiet the "failures". Similarly, if teen marriage failed, you tend to attribute it to age. Where as if 20-something marriage fails, you just srugged it off as "oh well, that's life".

As for me - Its better to have loved and failed, then not to have loved at all. (Who said that?).


MRSM Kalae Chepo 66/73

anneaziz said...

Salam Anon,

First, never did I touch on the question of teen marriages which failed.
Secondly, rightly or wrongly, 14 is an age I am sure you would like your daughter or grand daughter in school rather than at home, cooking and expecting a child of her own, while waiting for her husband who is 18 to come home from studying, while still on his parents' `payroll'?
Thirdly, I am not in the Bomoh League, so is that what people always say?
Fourthly, I did say that if it is true love , he'll wait and if they still feel the same way , to marry when they are done studying and can pay their own way.

BTW< this I got from MRSM KB website:
Pada tahun 1972, MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan Chepa. Sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan asrama maka lahirlah satu nama dalam senarai institusi pendidikan tanahair, MRSM Kota Bharu.
And you said you were there in 1966...hmmm....

And Tennyson wrote that:, never to be used in the wrong context tho...


Appreciate your thoughts anyway.

Nin said...

Tumpang lalu... I think 66 tu student no. dia. Every student has a student no. followed by the year of admission therefore Anon is student no. 66 of the year 1973. Just to clarify... jgn mara....

anneaziz said...

Tq Nin for the clarification, I think it makes perfect sense now!

Well ok...no hard feelings kale chepo 66/73...

kak ja said...

Sj nak kacau2 nak bg timbul cuak..

Kalau MRSM tu mula dibina pd thn 1972, takkanlah 1973 dah boleh start sessi? Cepatnya!! Dgn teknologi masa tu? Dan dpt CF lagi plak tu? Fuyooohhh!! *kagum