Monday, November 29, 2010

Nasihat kepada a 14 year old who thinks she is in love

Ini sebagai pengajaran...jangan kita ingat apa yang kita buat tak ada kesan. Setiap perbuatan ada `repercussion'.

Kita ingin menduniakan jurnal kita, tapi hati kita tak cukup kuat untuk menerima pandangan/ kritikan orang terhadap apa yang kita tulis, malah pandangan orang terhadap kita sebagai seorang insan yang baru nak bertatih dalam kehidupan.

Fifi Ain bt J...masanya dah tiba untuk Fifi Ain lupakan alam fantasi dan kembali ke realiti. Fifi Ain anak yatim yang perlu berusaha untuk memantapkan diri, berusaha untuk melonjakkan keluarga KEDUA Allahyarham J B ke tahap yang lebih baik (sekurang2nya sebaik keluarga PERTAMA Allahyarham)...bukan sekadar anak yatim yang kekurangan perhatian dan material, tinggal bersama ibu yang mengusahakan sebuah warung. Bukan sekadar anak dara yang akan menambah statistik anak muda kawin bawah umur di negeri Perlis.

Sekian...Ini nasihat terakhir dari Maknjang, biar Fifi Ain rasa cara ini kejam, ini semua untuk menyedarkan Fifi Ain bahawa semua orang ingin melihat Fifi Ain menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat serta insan beradab mulia seperti mana Aruah Abah Fifi Ain mahu.

Cinta boleh tunggu...takut cinta yang kita agung2kan tu menyebabkan kita menjadi monyet cinta.

Sabarlah...dewasa dan tua akan datang tanpa digamit. Sabar dan nikmatilah hidup sebagai anak yang taat, pelajar yang pintar dan berjaya, kemudiannya sebagai dewasa yang dihormati. Nanti, jika ada jodoh dan si Akim masih cintakan Fifi Ain, kawin lah. Siapa pun takkan mengahalang, tapi masanya bukan sekarang. Dan jika dia jujur dan ikhlas dengan Fifi Ain dia akan sedar bahawa budak 14 tahun tak tahu dan paham apa erti cinta.


Ingat, dunia ini kecil dan bertambah kecil dengan setiap kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan.